Lelaki Pilihan Wanita. Adakah aku termasuk?

Atas request my best fren.. mungkin
lelaki juga mahukan sedikit panduan..
sebab lelaki tak tau apa yang dikehendaki oleh wanita kan?
dan wanita juga tidak tahu tentang kemahuan lelaki?

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ? neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:


1. Bagaimana agamanya Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan “tidak boleh” sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6. Apakah kegiatan hidupnya lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

8. Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E Ada 3 pecahan daripada Formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya.

i. Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya. Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac, biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta. Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.

Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya. Rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan?

ii. Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu. Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya. Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.

iii. Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Anda mampu mengubahnya.

-Janshah-

14 Comments »

  1. avatar ery farieha Says:

    hurm. of kos la susah nak jumpe yg menepati semua ni. huhu~

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    herm
    kene usaha la
    ehehe

    wat iklan cam wali band-cari jodoh
    eheh

    [Reply]

  2. avatar shaffique Says:

    thanks for sharing.. ;)

    My latest entry : Ini Budak Lelaki Suara Macam Lady Gaga

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    oreit
    visited ur blog..nice blog anyway

    [Reply]

  3. avatar FeeQ Says:

    kan bagus kalau saya ada semua ni ^^

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    yeah teruskan usaha utk adakan semua ini
    ehehe

    [Reply]

  4. avatar ezrq Says:

    “..Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.”

    quote ni mmg power bai.. i loike! wakakaka

    kpd perempuan2 kt lua sane y blom settle down lg, nasehat tambahan aku adalah jgnla puas ati ngn ‘asal boleh/ada’ punya pasangan.

    contradicting ngn awalan artikel ini, actually it is like shopping; korg boleh pilih – soal samada utk nk betul2 tgu n carik y full-wanted-features, atau tgopoh2 beli, is totally up for you (or the parents in some cases) to decide.

    jgn risau la, Allah mesti sayang org2 y bsabar nih! =D

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    adui ezariq
    ko nasihatkan macam Dr Fadhilah Kamsah

    great share Ezariq

    [Reply]

  5. avatar tra Says:

    insyaALLAH… ko boleh mike… cuba la jd yg terbaik ^^

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    yeah semangat ini yang kita nak… semua orang boleh

    [Reply]

  6. avatar Bruce Says:

    yeah teruskan usaha utk adakan semua ini
    ehehe

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    oreit
    terima kasih atas sokongan
    ehehe

    [Reply]

  7. avatar diana Says:

    dari cara pemikiran kat atas tuu,,sy rasa bagus ,kita boleh menilai seorang yang bijaksana dr cara pemikiran yang di luahkan melalui tulisan,,best laa……………,,tp saya agak terkilan dan kurang setuju kalau menilai seseorang dari ramalan macam hari kelahiran…,,no perfect………..,tp terserah pd masing2 pendapat………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    [Reply]

    mmsy_Revox Reply:

    yerp
    ramalan tarikh lahir hanya
    permainan utk suka2

    bukannya menentukan apa-apa :)
    cuma sifat2 yang terdapat pada diri
    itulah yang menjadi percaturan penting

    [Reply]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment